Jenayah Trending Video

[VIDEO] Penumpang bas Rapid tumbuk pemandu

Khabarnya, seorang pemandu bas Rapid di Pulau Pinang telah dipukul oleh seorang penumpang lelaki Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu berlaku akibat ketidakpuasan hati penumpang terbabit kerana tidak dibenarkan menaiki bas oleh pemandu berusia 43 tahun itu.

Memetik laporan portal tempatan, pemandu bas terbabit terpaksa berbuat demikian kerana lokasi penumpang tersebut berada di kawasan lampu isyarat.

Susulan kejadian itu, satu rakaman video 25 saat tular di media sosial. Ia memaparkan tindakan penumpang terbabit yang meluru ke arah pemandu sebaik pintu dibuka. Dia juga bertindak meludah dan menumbuk pemandu bas berkenaan.

Dalam perkembangan sama, tindakan kurang ajar penumpang itu memakan diri apabila pemandu berkenaan bertindak mengurung penyerang di dalam bas. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Lebuh Macallum, Pulau Pinang.

Laporan portal itu turut menyebut, penumpang terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Sekysen 323 akta sama kerana menyebabkan kecederaan.- MHE TV

Ruang komen