Seorang peragut tidak sempat berjoli dengan hasil ragut apabila dia berjaya ditangkap orang awam sebelum dibelasah dalam kejadian di Jalan Bunga Raya Pantai, Melaka semalam.

Pada pukul 11.40 malam, suspek berusia 39 tahun yang menunggang motosikal bersendirian ditangkap orang ramai bersama seutas beg tangan yang diragutnya.

Menurut, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, sebelum kejadian mangsa bersama suaminya sedang menjamu selera di sebuah restoran di kawasan tersebut sebelum dihampiri lelaki berkenaan dengan menunggang motosikal.

“Suspek bagaimanapun tidak bernasib baik apabila ada orang awam yang kebetulan berada di lokasi tersebut menyedari kejadian itu dan membantu mengejarnya hingga tertangkap.

“Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian bergegas ke lokasi kira-kira lima minit kemudian sebelum membawa suspek ke balai,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/395 Kanun Keseksaan. – MHE TV

Kredit video: Info Roadblock JPJ/Polis

Iklan