Trending Tular Video

[VIDEO] Perghh…tikus pun nak ‘join’ tengok wayang

Seorang lelaki melalui pengalaman tidak menyenangkan di dalam pawagam apabila ditemani seekor tikus liar ketika sedang menonton wayang.

Pengalaman itu di kongsi seorang lelaki di Facebooknya yang menggunakan nama Hyim A Ny ketika menonton wayang di Hall 8, Growball Cinemax, Kota Kinabalu, Sabah.

“Tikus apa ini mahu dihalau pun tidak mahu lari. Growball Cinema Hall 8, hati-hati nanti makanan dan minuman kamu kena rompak tikus. Tikus ini sangat bahaya, banyak penyakit yang dia bawa boleh maut.” tulisnya dengan menyertakan bukti video seekor tikus sedang mengerjakan airnya.

Katanya, sepanjang dua jam dia menonton wayang, tiga kali tikus datang menyerangnya. Walaupun sudah dipukul, tikus hanya lari sebentar sebelum datang semula.

Dedahnya lagi, pawagam tersebut juga tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan rasa tidak selesa apabila berbau busuk seperti mop lantai yang basah.

“Lagi satu busuknya pawagam ni. Jaga kebersihan bah. Manalah selesa kalau bau macam mop lantai yang kena biar tidak kena kasi kering. Bau lembap,” tulisnya.

Perkongisan Hyim A Ny itu turut menarik minta pemilik akaun Facebook bernama KennedyboyBlood OnDuk Jolus berkongsi beberapa keping gambar pengalamannya diserang tikus di pawagam sama.

Gambar yang dikongsi menunjukkan seekor tikus berada di bawah kerusi dalam pawagam tersebut.

Ujarnya, kejadian tersebut berlaku pada 18 Febuari 2018 tahun lalu. – MHE TV

Sumber gambar: FB Hyim A Ny dan KennedyboyBlood OnDuk Jolus.

Iklan
Ruang komen