Sesungguhnya di tapak kaki seorang ibu terletak syurga untuk kita semua. Ibu adalah segala-galanya dan kasih ibu kekal abadi hingga ke syurga.

Membaca kata-kata ini sudah cukup membuat hati kita hiba dan sebak mengenang pengorbanan seorang ibu. Apatah lagi jika menonton video yang dikongsikan penyanyi, pelawak dan komposer, Mark Adam. Boleh berjurai air mata!

Dalam video yang dikongsi di Instagram miliknya itu, Mark yang pulang bercuti ke kampung halamannya, Filipina sedih dan hiba kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya yang menetap di Cebu, Filipina.

“Syukur Alhamdulillah ya Allah bagi kami jumpa mak. Semoga panjang umur mak. Kami tidak akan mampu membalas jasa dan kasih sayang mak selama ini tapi, kami akan berusaha untuk memberi kegembiraan dan kebahagiaan selamanya, Insya Allah,” kata Mark menerusi kapsyennya.

Video berdurasi 50 saat itu ditonton oleh lebih 100,000 pengikut Instagram dan rata-rata peminat meninggalkan komen positif serta meluahkan rasa sebak apabila menonton video tersebut.

“Mark tunjuk satu contoh yang baik kepada semua peminat. Kita kena jaga dan sayang ibu bapa kita yang banyak berkorban,” komen @miahsazali.- MHETV

Iklan