AKTRES berkulit cantik Lisa Surihani dengan  suaminya penyanyi, pelakon dan pengarah Yusry Abdul Halim  memilih kesederhanaan  meraikan  Aidilfitri  tahun ini.

Tidaklah berbelanja beribu ribu RM walaupun mereka dalam golongan artis popular.

“Saya beritahu Yusry, tak payah berbelanja besar  cukuplah kita bersederhana macam selalu. Utamakan anak-anak tapi tak perlu bermewah-mewah shopping.  Kami berdua, boleh saja memakai baju yang sedia ada yang masih baru.

“Bila hari raya, selain juadah ketupat lemang,  juadah istimewa yang saya suka tentunya hidangan ibu saya,” katanya tentang  menu dari Timur Tengah yang jadi kesukaan  sejak dulu yang dimasak ibu.

Jom ikuti wawancara  video dengan Lisa Surihani  yang  masih aktif berlakon dan  mengaku berjaya langsing setelah pernah berdiet selama empat bulan pada tahun lalu.

Iklan