Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang mengenalinya. Daripada kecil hingga yang tua, semuanya sayang pada Siti. Bukan sahaja peminat Malaysia, malah merangkumi Indonesia dan Brunei. 

Siti pernah ditanya oleh wartawan, kenapa beliau berani untuk masuk ke pasaran Indonesia?

Jawapan Siti: “Saya datang untuk berkongsi bakat. Jika mereka tak kenal, mereka takkan cinta.”

Kini sudah dua dekad Siti bergelar anak seni, inilah bukti rasa cinta dan kasih sayang peminat Indonesia buat anak jati Kuala Lipis, Pahang ini. 

Reaksi seorang peminat Indonesia, Khusnul Khotimah yang menangis teresak-esak apabila dapat berjumpa Siti, sangat mengharukan.

Khusnul yang mengidap penyakit polio dibawa berjumpa Siti di studio rakaman televisyen Indonesia, TRANS7 melalui rancangan Hitam Putih. –MHE TV

Sumber video Instagram @cteafairuz

Iklan