Trending Tular Video

[VIDEO] Pokok petai menangis? Ramai yang kena ‘kencing’!

Keanehan sebatang pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering di Kota Bharu yang mengeluarkan air jernih seperti sedang menangis heboh diperkatakan baru- baru ini.

Fenomena tersebut dikatakan akan bermula pada pukul 8 malam hingga 6 pagi.

Walaubagaimana pun, seorang pengguna Facebook bernama Hanif Adnan menafikan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang pelik.

Katanya kejadian tersebut sebenarnya disebabkan oleh sejenis serangga yang dipanggil reriang di mana serangga ni akan merembeskan airnya melalui dubur.

Katanya, akibat kejadian ini ramai yang telah ‘dikencing’.

“Pokok petai menangis? Bukan tuan puan. Itu adalah air kencing daripada lalat besar (riang-riang).

“Sebab tu kalau tengok video pokok petai tu bunyi bising sebab entah berapa ekor ada menatang ni kat pokok petai tu.

“So secara asasnya, orang kat kampung tu telah dikencing oleh lalat ni. Hehehe jangan marah bosku,” tulis Hanif Adnan.

Serangga yang dipanggil reriang di mana ia akan merembeskan airnya melalui dubur.

Bagi membuktikannya, beliau turut berkongsi video bagaimana serangga tersebut mengeluarkan airnya. 

Haha…min nak tanya apa rasa air kencing tu? Jangan marah.-   MHE TV

Iklan
Ruang komen