Pencapaian kumpulan Raihan amat membanggakan. Menjadi satu-satunya artis yang mencatatkan jualan album paling tinggi di Malaysia untuk album Puji-Pujian iaitu 1.5 juta unit, Raihan masih lagi relevan dalam dunia seni tanah air sehingga sekarang.

Populariti Raihan melangkaui ke seluruh dunia sehingga pendakwah terkenal Yusof Islam (Cat Stevens) pernah merakamkan lagu bersama mereka dan membuat persembahan di hadapan Ratu Elizabeth II di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

Namun terdapat kisah lucu Raihan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Rupa-rupanya, Raihan pernah kena prank dengan Putera Charles! Kejadian ini berlaku selepas Raihan selesai membuat persembahan.

Kisah lucu ini dikongsi Raihan menerusi saluran YouTube Alif Satar. Menurut Che Amran, Putera Charles datang berbual dengan mereka selepas selesai membuat persembahan. Namun tidak disangka, Putera Charles boleh berjenaka dengan mereka.

“Prince Charles pernah buat lawak dengan kami tau. Dia kata, kamu semua dah popular kan. Di tempat kami pun ada yang popular dan saya nak kumpulan kamu berduet dengan mereka. Lepas tu, kami setuju la sebab dah rasa teruja ni. Sekali tahu tak Prince Charle beritahu nama siapa? Spice Girls!” kata Che Amran.

Dan apa yang paling ‘win’ ialah reaksi spontan Alif Satar yang ketawa apabila mendengarkan nama kumpulan Spice Girls.
“Agaknya macam mana ye konsep album bila Raihan bergabung dengan Spice Girls? Tak boleh nak bayangkan,” komen Alif.

Fuhh, bukan calang-calang ye kumpulan Raihan ni. Siap  Putera Charles boleh buat lawak dengan mereka. – MHE TV

Iklan