Trending Video

[VIDEO] Rawat sakit guna bisa kala jengking

Seorang petani dari Cuba, Pepe Casanas, mendakwa mengamalkan rawatan unik bagi merawat penyakit rematik yang dihidapinya.

Difahamkan, pada setiap bulan dia akan menangkap sejenis serangga berbisa iaitu kala jengking biru.

Kemudian dia akan membiarkan serangga berbisa itu menyengat bahagian tubuhnya yang sakit.

Pada awalnya, petani berusia 78 tahun itu mengakui ada merasa sakit akibat kesan gigitan serangga itu.

Bagaimanapun, kesan sakit itu lama-kelamaan hilang dan menjadi penawar pada penyakit dialaminya.

Percaya atau tidak, rutin bulanan dibuat oleh warga emas itu telah diamalkan sejak sedekad yang lalu.

Sebelum itu, rawatan menggunakan bisa kala jengking biru merupakan kaedah alternatif popular dikalangan rakyat Cuba.

Malah, rekod kajian saintifik negara di benua Amerika Selatan itu turut mengakui keberkesanannya yang mengandungi unsur anti keradangan dan mampu melegakan kesakitan.

Bagaimanapun, pakar Onkologi luar negara berpandangan, kajian lanjut perlu dilakukan untuk menyokong dakwaan tersebut. -MHE TV

Sumber foto: Foxnews

Ruang komen