HUBUNGAN antara dua penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri acap kali menimbulkan persoalan. Benarkah mereka bercinta? Benarkah mereka hanya berpura-pura sekadar berkawan?

Walaupun kedua-dua mereka sudah menafikan dakwaan tersebut namun, peminat masih meletakkan harapan tinggi supaya mereka benar-benar bercinta.

Kelakarnya, bukan hanya peminat yang sibuk mengusik kedua-dua penyanyi yang popular dengan lagu duet, Aku Cinta ini, tapi rakan artis pun sama mengacau mereka.

Dalam perkongsian video di instastory milik penyanyi, Amira Othman, Ernie kelihatan tersipu-sipu dan terus berhenti makan mungkin kerana terkejut apabil ditanya soal kahwin.

Tambah kelakar, Ernie yang ketika itu duduk di sebelah Syamel berada di majlis perkahwinan selebriti, Elfira Loy tidak menjawab dan hanya malu-malu.

Apa pun, semoga hubungan persahabatan atau percintaan Ernie serta Syamel sentiasa positif. Kita doa yang baik-baik sahaja ya!

Iklan