Hiburan Trending Video

[VIDEO] Reaksi Mac Rahayu bila jumpa OKU menyanyi lagu miliknya

Pernah dengar lagu bertajuk Di Takdir Kita Bersama?

Lagu ini popular pada era 90-an. Ia dinyanyikan seorang penyanyi wanita berasal dari Kuching Sarawak iaitu Mac Rahayu.

Mac Rahayu pernah bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa, EMI.

Baru-baru ni, Mac Rahayu berjalan-jalan di sekitar Pertama Complex, Kuala Lumpur.

Sedang berjalan dengan kawan-kawan, Mac Rahayu terdengar seorang penyanyi OKU menyanyikan lagu Di Takdir Kita Bersama nyanyiannya.

Apa lagi, cepat-cepatlah Mac Rahayu mencari wanita OKU yang sedang menyanyi lagunya tersebut.

Sambil berjalan ke arah penyanyi tersebut, terdengarlah Mac Rahayu bersuara dalam rakaman video yang dirakam rakannya.

“Kita berada di Pertama Complex. Tiba-tiba terkejut, orang nyanyi lagu mak (saya). Aku nak claim aku punya royalti. Awak menyanyi lagu saya,” kata Mac Rahayu lalu berjalan ke arah penyanyi tersebut.

Bila sudah berdepan dengan penyanyi OKU yang menyanyikan lagunya, apa Mac Rahayu buat?

Korang tengok ajelah video ni….- MHE TV

Ruang komen