Neelofa memangku anak buah kesayangannya, Jebat Jayden

PENGACARA popular yang juga usahawan fesyen terkenal, Neelofa Noor, 29, tidak mahu memikirkan soal kahwin dalam masa terdekat kerana ingin fokus terhadap urusan perniagaan yang direncanakannya.

Ditemui ketika pelancaran koleksi mini jenama Lofarbag di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini, anak kelahiran Kelantan itu menjelaskan dia enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

“Diakui, komitmen terhadap alam perkahwinan begitu tinggi apatah lagi jika dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

“Buat masa ini, saya ada matlamat yang belum dicapai dan berusaha untuk mencapainya terlebih dahulu.

“Selepas itu barulah boleh fikir untuk berkahwin,” katanya.

Neelofa berkata demikian bagi mengulas keakrabannya dengan anak buahnya, Jebat Jayden, bayi sulung kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang kini sudah memasuki usia dua bulan.

Menurut Neelofa, dia tidak mempunyai masalah untuk menjaga bayi memandangkan sebelum ini berpengalaman menguruskan adik-adiknya ketika mereka masih kecil.

“Cuma belum masanya untuk saya menimang cahaya mata sendiri,” tambahnya. – MHE TV

Iklan