Trending Video

[VIDEO] Rupanya wujud ‘sungai atas sungai’ di Malaysia

Sungai atas sungai. Kedengarannya pelik bukan? Bagaimana, sebatang sungai boleh mengalir di atas sungai lain?

Tapi berbeza di salah satu sungai di Selama, Perak ini yang mengalir di atasnya sebatang sungai lain dikenali sebagai ‘Sungai Atas Sungai’.

“Sungai Atas Sungai” sebenarnya merupakan terusan air yang dilencongkan dari Sungai Ijok dan merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya.

Jambatan yang mengalirkan air ini dibina pada tahun 1936 selain cukup unik kerana dibina pada paras ketinggian tertentu merentasi Sungai Redang Panjang. – MHE TV

Iklan
Ruang komen