Semalam, menerusi kenyataan di laman Twitter rasmi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ingin mencadangkan Mat Redho atau nama sebenar Mohd Redha Rozlan sebagai calon penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

Menurut beliau, cadangan ini dibuat sebaik sahaja menyaksikan kejayaan Mat Redho yang dinobatkan sebagai juara Liga Cabaran Ninja 2018 di Perth, Australia.

Isnin lepas, atlet sukan ekstrem itu berjaya menewaskan dua pencabar terdekat iaitu peserta di tempat kedua, Jake Murray dari Amerika Syarikat serta atlet tuan rumah Cameron D’Silva di tempat ketiga.-MHE TV

Sumber gambar: Twitter Syed Saddiq

Ruang komen
Iklan