Baru berumur sembilan tahun, Mateo Bano, seorang kanak-kanak lelaki dari pedalaman Filipina terpaksa mengambil alih tugas mendiang ibunya untuk menjaga adiknya yang baru berusia tiga tahun.

Biarpun terpaksa menanggung kepayahan pada usia muda, Bano seorang pelajar yang rajin ke sekolah walaupun terpaksa memangku adiknya di dalam kelas.

Baru-baru ini kisah kanak-kanak ini tersebar dalam media sosial. Ia susulan gambarnya sedang memangku adik semasa mengikuti pelajaran mendapat perhatian pengunjung sosial di seluruh dunia.

Ada sebab Bano berbuat demikian. Menurut pihak pengurusan sekolahnya, kanak-kanak teesebut tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

Semua orang di sekolah memahami keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak ini.

Justeru, mereka memberi kelonggaran kepada Bano untuk membawa adik lelakinya ke sekolah.

Sementara itu, ada di antara pengguna media sosial tempatan datang ke rumah kanak-kanak untuk menghulurkan bantuan. 

Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung Bano dan adiknya.

Di samping itu, ada juga di antara mereka memuat naik  komen positif dan mendoakan kanak-kanak itu terus tabah meneruskan hidup.- MHE TV

Iklan