Baru berumur setahun jagung tapi ada hati nak tunjuk samseng. Nasib baik bukan di Malaysia kalau tak meranalah kau kena maki dengan tentera bawang!

Tak kisahlah dari mana pun, tapi cara seorang pelajar sekolah menengah di Gresik, Jawa Barat ini memang cukup biadab.

Tak cukup dengan itu, budak lelaki ini dengan berlagaknya memegang dan menolak kepala guru di dalam kelas. Lepas siap hambur kata-kata makian lagi kepada guru terbabit.

Paling tidak boleh terima, pelajar kurang ajar ini dengan selama mencucuh sebatang rokok sebelum dikongsi seorang rakannya yang lain.

Peliknya, tindakan pelajar bertopi itu disokong oleh para pelajar lelaki yang menyaksikan kejadian tersebut. Tanpa rasa takut, mereka ketawa terbahak-bahak.

Adoi..apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang. Memalukan betul!

Khabarnya, insiden berkenaan telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Wringinanom, Asisten Komisioner Supiyan.

Pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian itu. Mangsa, si pelaku dan saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan.

Tambah beliau, polis akan menjalankan siasatan terhadap kejadian itu. Pihak perlu proaktif meskipun kementerian pendidikan tidak mampu menanganinya.-MHE TV

Ruang komen
Iklan