Bukan niat untuk mendapat perhatian, kongsi pelakon dan pelawak Enot sebab utama dia berkongsi kembali gambar ketika dia menderita kanser usus tiga tahun lalu adalah untuk sebuah kempen melalui media sosial.

Menerima pelbagai reaksi peminat mengenai niatnya, Enot tidak menolak ada yang cukup mengguris hatinya apabila ada di antaranya turut mengeluarkan komen menghina, mengatakan dia mencari ruang publisiti.

Tidak melihat perhatian yang diberikan ini memberi kesan yang positif untuk dirinya, kata Enot sepanjang dia bergelar seorang ibu tunggal, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk hidup atas dasar simpati.

Sudahpun pulih sepenuhnya daripada penyakit itu, Enot juga tidak menolak dia turut berharap agar masih ada tempat untuk kembali ke dalam dunia lakonan selepas beberapa tahun dipinggirkan.- MHE TV

Iklan