Semalam, Achey memuat naik satu klip video pada laman sosial miliknya yang menyaksikan dia mengalami pendarahan hidung.

Menerusi kapsyen yang dinyatakannya, walaupun beberapa kali berjumpa pakar perubatan dan membuat rawatan, namun penyakit yang tersebut tetap berulang.

Justeru, Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 33, mencari alternatif lain dengan bertanyakan kepada peminatnya menerusi perkongsian pendapat, pandangan atau petua.

Iklan