Hiburan Trending Video

[VIDEO] “Saya teruja dan tak sabar nak tunjukkan new baby” – Amy Search kongsi detik gembira

Tahun lalu, isteri kepada legenda rock tanah air, Amy Search iaitu Norhasniza Hassan telah mengalami keguguran setelah hamil anak keempat.

Bagaimanapun semalam, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 61, berkongsi berita gembira apabila dia telah menyambut kelahiran ‘bayi’ baharunya.

“Dengan rendah hati, saya ingin kongsi khabar gembira yang baharu tentang diri saya.

“Saya ingin memperkenalkan new baby kepada peminat. Baby baharu yang saya maksudkan adalah cabang perniagaan terkini yang saya ceburi.

“Terdahulu, saya telah mengeluarkan produk kopi jenama sendiri iaitu Phewiiit Coffee.

“Semalam, saya melancarkan pula produk terkini iaitu BaristAmy. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.” katanya kepada MHE TV.

Amy ketika majlis pelancaran BaristAmy semalam

Menurut Amy, minatnya terhadap kopi amat luar biasa.

Disebabkan itu, dia menanam hasrat untuk melancarkan BaristAmy yang merupakan sebuah projek dinamakan Cafe Micro Coffee.

“Brew coffee ini adalah hasil adunan istimewa dari Itali dan kini saya berada di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena berlangsungnya Malaysia Halal Expo 2019 sehingga 26 Januari ini,” tambahnya. – MHE TV

Ruang komen