Penantian selama empat tahun untuk memiliki zuriat bukan mudah dilalui usahawan tudung terkemuka, Mawar Abdul Karim dan suami, pelakon Fizo Omar.

Berkat kesabaran, usaha dan doa, akhirnya Allah kurniakan seorang puteri comel buat pasangan ini yang selamat dilahirkan pada 29 Disember 2017.

Semalam, Mawar meraikan ulang tahun pertama cahaya mata sulungnya yang dinamakan Wan Maryam, setelah lima tahun usia perkahwinannya bersama Fizo.

Pengasas jenama tudung Fareeda itu juga memuat naik beberapa keping gambar Maryam dari umur sebulan sampai setahun.

Menerusi perkongsian Mawar di Instagram miliknya, Maryam hadir ke dunia selepas pelbagai usaha dilakukannya bersama suami tanpa mengenal erti putus asa.

View this post on Instagram

Happy Birthday 🥳 my sweet girl Maryam @maryamfareedakids . Penantian selama 4 tahun alhamdulillah hari ni Maryam dah setahun. Tahun pertama setelah 5 tahun perkahwinan kami . Cepatnya masa berlalu rasa macam baru semalam ja @siti_sh.mahmood dengan Prof Hamid hiris2 ja perot ni 😬😮😖. Sebelum Maryam hadir di dunia ni macam2 usaha bapa n mama dah buat tanpa putus asa. . Kepada bakal2 ibu yg masih menanti kehadiran org istimewa dalam hidup,cuba la ikhtiar sesuatu,jangan putus asa,yg penting sokongan family,juga jangan terlalu malu utk jumpa Doctor. bukan tak ada rezeki,Insyaallah rezeki belum sampai. Allah sentiasa mendengar doa kita. Kadang2 kita tak sedar luaran nampak sihat dalam belum tentu sihat jgk. . . . Terima kasih yg selalu doakan Maryam. Maryam pun doakan auntie uncle supaya murah rezeki. Auntie Uncle tengok swipe gambar mana paling suka?☺️ Gambar2 perjalan Maryam dari umur sebulan sampai setahun ☺️

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

“Happy birthday my sweet girl Maryam. Penantian selama empat tahun, Alhamdulillah hari ni Maryam dah setahun.

“Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru semalam je Siti_sh.mahmood dengan Prof Hamid hiris-hiris je perut ni.

“Sebelum Maryam hadir di dunia ni, macam-macam usaha bapa dan mama dah buat tanpa putus asa,” tulis Mawar.

Dalam masa yang sama, Mawar turut berkongsi nasihat untuk bakal ibu yang masih menanti kehadiran cahaya mata.

“Kepada bakal-bakal ibu yang masih menanti kehadiran orang istimewa dalam hidup, cuba la ikhtiar sesuatu, jangan putus asa, yang penting sokongan famili, juga jangan terlalu malu untuk jumpa doktor.

“Bukan tak ada rezeki, Insya Allah rezeki belum sampai. Allah sentiasa mendengar doa kita. Kadang-kadang kita tak sedar luaran nampak sihat dalam belum tentu sihat jugak,” kongsinya.

Mawar telah menjalani rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terkenal, Datuk Dr. Hamid Arshat disebabkan masalah endometriosis dan cyst di ovari kanan. – MHETV

Sumber gambar & video: Instagram Mawar Karim

Iklan