Alahai, makin pelik-pelik raja sehari kat Malaysia ni.

Apakah motif yang ingin ditonjolkan pasangan pengantin ini sehingga sanggup berpakaian adiwira, ‘Power Rangers’.

Betul, ia tampilkan kelainan dan ingin dapatkan perhatian.

Ya, anda ada hak untuk berbuat demikian kerana ia majlis perkahwinan anda.

Tapi alangkah manisnya jika mereka mengenakan sepersalinan yang lazimnya dipakai oleh pasangan yang baru berkahwin.

Setuju sangat dengan pandangan salah seorang warganet selepas menonton video persandingan ‘Power Rangers’ biru dan merah jambu dalam media sosial.

“Sedikit demi sedikit tradisi ditelan zaman,” tulis pengguna Facebook bernama Tony Sha.

Bagaimana, ‘Deep’ bukan? Benda yang lepas tak baik dikenang. Moga selepas ini tiada lagi yang kali kedua dan seterusnya.- MHE TV

Ruang komen
Iklan