‘Museum of Failure’ mempamerkan produk atau inovasi pengguna yang ‘gagal’ direalisasikan. Antara ratusan produk terbabit ialah perakam video Betamax, cermin mata Google, permainan yang memaparkan muka Presiden Amerika Syarikat (AS), poster makanan ringan keluaran McDonalds ‘Arch Deluxe’ dan bermacam lagi.

Menurut pengasasnya, Samuel West, dia memutuskan untuk membuka muzium ini kerana sudah bosan dengan kisah kejayaan yang sering dipaparkan di media massa.

Tambahnya, idea memperkenal muzium ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada inovasi.

Malah, jelas beliau, jenama terkemuka dunia seperti Apple, Coca Cola dan McDonalds sendiri tidak terkecuali melakukan kesilapan sewaktu memperkenalkan produk terbaharu mereka sebelum ini.-MHE TV

Sumber gambar/video: NBC Los Angeles/Reuters

Iklan