Sejak semalam, pengguna media sosial mengutuk tindakan dipercayai seorang anggota polis sedang merokok di sebuah premis makanan. 

Biarpun tanda larangan telah dipaparkan di premis tersebut, namun anggota berkenaan yang lengkap berpakaian uniform seolah-olah tidak menghiraukan larangan merokok yang dikuatkuasakan Januari lepas. 

Difahamkan, gelagat anggota polis itu telah dirakamkan oleh orang awam di premis terbabit. 

Video lapan saat itu hari ini mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketika diwawancara media tempatan di Johor sebentar tadi, beliau memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota terbabit.

Beliau meluahkan rasa kesal dan menganggap tindakan dilakukan oleh anggota tersebut tidak beretika dan satu perbuatan yang tidak boleh diterima.- MHE TV

Iklan