Hiburan Trending Video

[VIDEO] Selebriti Hollywood yang ada ijazah

Apabila melihatkan selebriti-selebriti wanita Hollywood di dalam filem mahupun berjalan di karpet merah, pasti kita cemburu melihatkan kehidupan penuh glamour mereka.

Apa yang terfikir di minda, betapa mudahnya hidup mereka memperoleh pendapatan berjuta-juta dengan hanya berlakon. Dan seringkali kreadibiliti mereka dipersoalkan kerana memikirkan mereka tidak belajar seperti orang biasa.

Tetapi tahukah anda, kebanyakan selebriti Hollywood ini sebenarnya sempat menyempurnakan pendidikan tinggi mereka dan bergelar graduan.

Bermula daripada Emma Watson dengan Ijazah Kesusasteraan Inggeris ke Natalie Portman dengan Ijazah Psikologi dan sehingga ke Rebel Wilson yang merupakan graduan sekolah undang-undang, anda pasti terkejut dengan pencapaian menakjubkan mereka. –MHE TV

Ruang komen