Sukan Trending Tular Video

[VIDEO] Seluar pendek: Stesen TV Iran henti siaran langsung perlawanan bola antarabangsa

Stesen televisyen republik Iran (IRIB) bertindak menghentikan siaran langsung perlawanan bola sepak kelab terkemuka Jerman, Bayern Munich menentang Ausburg dalam Liga Bundesliga, Jumaat lepas.

Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana pakaian pengadil perlawanan, Bibiana Steinhaus, yang mengenakan seluar pendek.

Justeru, pihak stesen televisyen ini terpaksa menghentikan siaran kerana mengambil kira undang-undang Iran yang melarang mana-mana wanita mendedahkan aurat di kaca televisyen.

Keputusan seumpama itu bukan pertama kali dilaporkan membabitkan negara Asia Barat tersebut.

Pada bulan Mei tahun lepas, stesen penyiar itu bertindak menapis rakaman rawak satu perlawanan bola yang memaparkan pengadil berkenaan dan para penonton.

Steinhaus merupakan pengadil wanita pertama yang mengendalikan perlawanan profesional di Jerman. Berdasarkan rekod peribadinya, wanita berkenaan diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan liga Bundesliga pada September 2017.

Tahun lepas, Steinhaus turut mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang pengadil terbaik di Jerman.-MHE TV

Sumber: Dailymail

Ruang komen