Lifestyle Trending Video

[VIDEO] Serius pelik! Pelajar sekolah ini pamer kemahiran menulis guna dua belah tangan

Meskipun lokasinya terletak di kawasan pedalaman, sebuah sekolah di India menjadi perhatian dunia kerana kebolehan unik para pelajarnya.

Khabarnya, 300 orang pelajar di sekolah bernama Veena Vandin di Madhya Pradesh itu berkeupayaan menulis dengan menggunakan dua belah tangan.

Istimewanya lagi, semua pelajar sekolah terbabit menulis dengan tangan kanan dan kiri mereka secara serentak dalam bahasa yang berbeza. Lebih bagus lagi, tulisan yang dihasilkan cantik, kemas dan tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Menurut pengasasnya, VP Sharma, idea melatih kemahiran para pelajarnya itu tercetus selepas beliau membaca artikel tentang bekas presiden pertama India, Dr. Rajendra Prasad. Difahamkan, beliau memiliki kebolehan serupa iaitu menulis dengan menggunakan kedua belah tangan.

Kisah hidup presiden itu secara tidak langsung memberi inspirasi kepada Sharma untuk menubuhkan sekolah terbabit pada tahun 1992.

“Selepas menubuhkan sekolah ini, saya mula melatih para pelajar kemahiran unik itu bagi pelajar tahun satu hingga tahun tiga.

“Bagi pelajar yang berada pada tahun lapan dan sembilan, mereka tidak perlu diajar lagi kerana sudah mahir menulis menggunakan kedua belah tangan.

“Pada tahap ini, saya lebih menekankan latihan menulis dua nota daripada bahasa berbeza secara serentak menggunakan dua belah tangan mereka,”ujarnya. -MHE TV

Iklan
Ruang komen