Trending Tular Video

[VIDEO] Seronoknya pakcik, baru dapat gaji ke?

Tak silap MHE TV, sejak semalam tular satu rakaman video memaparkan seorang warga emas menunggang motor secara ‘rare’.

Apa taknya, orang lain tunggang motor pengang ‘handle’ tapi pakcik ini biarkan aje motor yang ditunggangnya bergerak sendiri.

Sambil duduk mengiring ke arah kiri, pak cik ini bersahaja melakukan aksi seolah-olah dia sedang memandu kenderaan besar. Mungkin macam kereta, lori atau sewaktu dengannya.

Video 35 saat ini diambil oleh orang awam yang secara tidak sengaja melihat gelagat pelik pakcik terbabit sebelum tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, identiti warga emas itu dan lokasi kejadian tidak dinyatakan lanjut.

Apa yang pasti, ramai netizen di luar sana terhibur melihat gaya tunggangan pakcik terbabit. – MHE TV

P/s: Terima kasih pakcik kerana menceriakan hari kami!

Iklan
Ruang komen