Trending Tular Video

[VIDEO] Setengah jam tewaskan keratang berharga RM13,255.

Selepas bertarung hampir setengah jam, seorang nelayan di Labuan berjaya mendaratkan seekor kerapu gergasi seberat 241 kilogram.

Nelayan terbabit menaikkan ikan yang dikenali penduduk tempatan sebagai keratang menggunakan joran dan kekili ketika memancing berhampiran pelantar minyak Sumandak Charlie di perairan Semarang, lapor Bernama.

Menurut seorang penjual ikan tempatan yang dikenali sebagai Rosli, ikan tersebut dijual pada seorang tauke mi ikan pada harga RM13,255 . – MHE TV

Ruang komen