Baru berumur tujuh tahun tapi kesungguhan ditonjolkan oleh kanak-kanak lelaki bernama Rudolph Ingram a.k.a Blaze ini bakal merealisasikan impiannya untuk bergelar pelari paling pantas di dunia kelak. 

Ahad lepas, Blaze telah berjaya mencipta rekod peribadinya selepas menghabiskan larian 100 meter pada catatan masa 13.48 saat, sedikit sahaja lagi untuk menyamai rekod Bolt manusia terpantas di dunia menerusi catatan masa 9.58 saat.

Kisah Blaze mendapat perhatian selepas satu rakaman video aksi kanak-kanak lelaki itu berlari menerusi laman Instagram milik bapanya, Rudolph Senior. 

Bapanya turut memuat naik kapsyen tertera ‘Proud To Say My Son Maybe The Fastest 7 Years Old In The World. To The Top Love All Those Hours Of Training Payed Off.’

Selain pantas di trek, Blaze turut cemerlang dalam pendidikan selepas memperoleh keputusan A dalam subjek Pengenalan Sains Komputer, Muzik dan Pendidikan Fizikal. 

Selain itu, dia juga memperoleh keputusan B bagi subjek Seni Bahasa, Pengajian Sosial dan Seni di pusat pendidikan Cahoon Elementary School, Tampa. –MHE TV

Sumber gambar: @blaze_813/Instagram

Iklan