Hiburan Trending Video

[VIDEO] Singgah Sekejap #02: Amelina sampai lupa diri demi peminat

Biarpun para peminatnya meletak harapan tinggi untuk melihat Amelina menjuarai program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV 5), apakan daya rezeki tidak menyebelahi penyanyi dangdut terkenal itu.

Bagaimanapun, ibu tunggal berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan itu sekali tidak melupakan sokongan ahli kelab peminatnya, Amelina Soul sepanjang dia beraksi di pentas GV 5.

Dalam episod kedua kapsul Singgah Sekejap kali ini, Abang Batik kongsikan keseronokan Amelina bersama para peminat yang begitu sakan berkelah.

Iklan
Ruang komen