Video kemalangan ngeri yang tular di mana sebuah treler merempuh hampir 20 penunggang motosikal di satu persimpangan lampu isyarat terjawab apabila pemandu treler tersebut disahkan positif dadah dan alkohol.

Memetik laporan portal vnexpress, suspek dikenali sebagai Pham Thanh Hieu, 32 ditahan selepas menyerah diri, beberapa jam selepas kemalangan dahsyat itu yang meragut empat nyawa dan mencederakan 16 orang yang lain.

Pemeriksaan perubatan ke atas suspek mengesahkan ketumpatan tinggi alkohol dalam darah selain positif heroin.

Suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut bakal berdepan pertuduhan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Kejadian itu menjadi tular apabila rakaman CCTV kemalangan ngeri yang berlaku di Vietnam pada Rabu lalu tersebar di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan sebuah treler gagal berhenti di lampu isyarat lalu merempuh sekumpulan penunggang motosikal. Mangsa kebanyakan yang berada di situ tercampak seolah-olah lemparan bola boling yang menjatuhkan pin. – MHE TV

Iklan