Kesibukan dalam menjaga keluarga dan juga tugas sebagai penyampai radio, tidak pernah menjadikan Feeya Iskandar leka dalam menjaga kecantikan badannya.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 30, memastikan apa yang telah dirancang untuk memastikan berat badannya kekal, tidak menjadi usaha yang sia-sia.

“Sebenarnya, kita nak kurus bukan semata-mata untuk cantik tau. Tapi kurus demi kesihatan diri juga.

“Sebabnya bila badan menjadi berat, kita sendiri akan jadi malas untuk bergerak. Kita akan jadi lemau dan tidak bersemangat,” kata Feeya.

Tambah ibu kepada dua anak ini lagi, di samping menjaga pemakanan, dia turut mengambil kelas zumba dalam membantu menurunkan berat badan.

“Ini pun salah satu sebab juga untuk saya aktif pergi ke gim. Yelah, dah bayar mahal-mahal, rugilah tak pergi kan.

“Malah suami pun antara pendorong utama buat saya untuk pergi ke gim. Dia akan jaga anak-anak di rumah bila saya ke kelas zumba.

“Inilah baru dikatakan suami pun main peranan dalam seperti ini. Bila isteri bersemangat untuk turunkan berat badan, jadi suami pun kenalah menolong dari segi urusan anak-anak dan rumah,” jelasnya. -MHE TV

Iklan