Bersemangat untuk kembali mewarnai persada hiburan tanah air, Linda bakal tampil dengan single baharu tidak lama lagi.

Seiring arus zaman, penyanyi yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Linda Nanuwil kembali mendekati peminatnya menerusi laman sosial Instagram yang baru diwujudkannya tahun lepas. 

Akui Linda, kemunculannya kini adalah kerana terlalu rindukan dunia nyanyian selepas sepi dari radar hiburan lebih sepuluh tahun lamanya dan laman sosial adalah medium terbaik untuk berhubung semula dengan peminatnya. 

Bakal bertemu peminat dalam showcase konsert reunion AF2 yang bakal berlangsung pada Ogos depan, perkembangan Linda boleh diikuti di akaun rasmi Instagram miliknya iaitu @lindananuwil. – MHE TV 

Iklan