Selepas membuat pengakuan ‘ikhlas’ kerana berjaya membunuh anjing menggunakan kaedah racun, seorang pengerusi masjid tidak segan berkongsi ‘tutorial’ secara bergambar tatacara betul untuk membunuh haiwan itu yang masuk di dalam kawasan masjid.

Korang percaya tak, tanpa rasa sesal lelaki ini turut bercerita saat-saat akhir haiwan tersebut menemui ajal selepas memakan racun yang diberikan olehnya.

“Anjing yang diberi racun akan merasa panas dan mencari tempat berair untuk minum, oleh itu selalunya bangkai anjing itu tidak kelihatan,” tulisnya di aplikasi WhatsApp.

Tetapi pengerusi masjid itu lupa bahawa dia bakal menerima kecaman secara ‘berjemaah’ kerana bertindak kejam ke atas haiwan.

Tidak dinafikan, sebaik kisahnya tersebar di media sosial, para netizen bertindak menghantar mesej beramai-ramai kepada pengerusi masjid berkenaan.

Tapi rasa macam tak percaya pula ada sebilangan orang menyokong perbuatan lelaki terbabit.

Bukan setakat itu saja, mereka ini secara selamba mengaplikasikan kaedah yang diguna pakai oleh pengerusi masjid itu untuk diajar kepada orang lain.

Lebih memalukan, ada juga sesetengahnya mencadangkan agar pengerusi masjid itu membuat sesi latihan mengajar orang lain pula cara untuk meracun anjing. Ini mesti nak untung lebih! – MHE TV

Iklan