Baru-baru ini pelakon berbadan sasa, Norman Hakim kena sembur dengan ayahnya angkara menayangkan tatu yang dicacah pada lengan kiri.

Dalam video yang dikongsi, Norman berjalan masuk rumah dan pergi kepada ayahnya yang sedang terbaring di atas kerusi.

Norman kemudian membuka baju sekali gus memperlihatkan lengannya yang bertatu.

“Tatu naga, lawa kan?” kata Norman sambil menunjukan tatu tersebut kepada ayahnya.

Reaksi ayahnya bila melihat tatu tersebut memang terkedu.

“Tak boleh. Ini syaitan punya kerja. Buang,” tegur ayahnya pada Norman.

Ayahnya sempat mengingatkan hukum mencacah tatu adalah haram dan tidak sah untuk dibawa sembahyang.

“Tak boleh. Ini haram, sembahyang semua tak sah,” kata ayahnya dan meminta Norman membuang tatu tersebut.

Mendengarnya memang tergelak. Melihat reaksi serius ayahnya, Norman menceritakan situasi sebenar yang tatu tersebut hanyalah palsu yang boleh ditanggalkan kerana ia hanya sejenis pelekat.

Pada malam itu dia baru selesai menjadi pelakon jemputan dalam Sepahtu Reunion Live dengan melakonkan karakter jahat sebagai pengutip hutang.

Video yang dikongsi Norman ternyata menarik perhatian ramai terutama reaksi si ayah apabila melihat keadaan anaknya itu. – MHE TV

Iklan