Hiburan Trending Video

[VIDEO] “Tak sangka Instagram saya dah cecah 3 juta followers!” – Aliff Syukri mahu belanja 20 peminat bertuah

Aliff Syukri ingin mengundang 20 peminat bertuah untuk makan malam di rumah agam miliknya.

Meskipun ruangan komen laman Instagram miliknya sering dipenuhi dengan pelbagai kecaman, namun usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 32, teruja kerana jumlah pengikutnya kini mencecah 3 juta orang.

Mengakui pernah berasa tertekan dek cabaran yang timbul gara-gara perkembangan teknologi media sosial, Aliff bagaimanapun tidak serik untuk terus menggunakan platform digital itu dalam mempromosikan produk perniagaannya.

“Sejujurnya memang tak sangka boleh kumpul bilangan followers (pengikut) seramai ini kerana saya bukannya artis, bahkan hanya tauke jamu. Lebih-lebih lagi, saya tak pernah membeli followers, semuanya original,” tambahnya.

Justeru, menerusi klip video yang dimuat naik pada akaun media sosialnya itu, Aliff mengumumkan akan memilih antara lima hingga 20 peminat bertuah untuk memenangi hadiah misteri daripadanya.

Jelasnya, dia ingin mengundang para peminat tersebut hadir ke rumah sambil menikmati juadah makan malam hasil air tangannya sendiri atau dalam bentuk barangan.

“Kalau ada peminat yang duduk jauh, saya akan poskan hadiah ke rumahnya,” ujar lelaki yang turut dikenali dengan gelaran Abang Kosmetik itu.

Oleh demikian, peminat-peminat yang ingin merebut peluang berkenaan boleh membaca status yang dimuatnaiknya untuk maklumat lanjut. – MHE TV

Iklan
Ruang komen