Penyanyi Linda Eva (Norhaslinda Ishak) 42, melahirkan rasa terharu atas doa dan sindiran terhadap anak sulungnya, bekas vokalis Putera Band, Haziq Hasbullah yang cedera parah kaki kanannya dalam kemalangan di Bukit Jalil, baru-baru ini

Dalam kemalangan pukul 1.30 pagi itu, Haziq yang membonceng motosikal rakannya terpelanting ke bahagian depan kereta yang bergesel dengan motor tersebut.

Namun rakannya mengalami cedera ringan.

Muhammad Haziq Hasbullah, 19, setakat hari ini telah menjalani dua pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Pusat Perubatan UKM) , Cheras, kerana masalah saluran darah terputus.

“Menurut doktor, Haziq akan terus dipantau selain pembedahan susulan dalam waktu terdekat.

“Dalam situasi sekarang, Saya berserah dan berdoa agar keadaan Haziq kembali pulih seperti sedia kala.

“Terima kasih kepada yang mendoakannya.Dan terima kasih juga apabila ada netizen yang berburuk sangka (dengan menyindir) terhadap tragedi yang menimpa Haziq. Tak ada sesiapa mahu ditimpa kemalangan,”katanya.

Ikuti kata-kata Linda mengenai tragedi malang yang menimpa anaknya ini. – MHE TV

Iklan