Ini bukan eksperimen sosial atau prank yang pernah anda tonton dalam media sosial sebelum ini. Ia merupakan situasi sebenar yang dihadapi oleh pelukis Ismail Arifin atau Lepat bersama salah seorang rakan baiknya.

Dua hari lepas, Lepat telah memuat naik satu status ‘paling win’ dan secara tidak langsung telah membuka mata ramai masyarakat dalam laman Facebook.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, beliau menunjukkan mesej tersirat tentang polisi double standard yang masih diamalkan ketika dia dan rakannya mengunjungi sebuah butik mewah di ibu negara.

“Hangpa nak tau apa yang sedang aku perhatikan?? Sebenaqnya aku tak sedaq pun, yang aku ni sedang dilayani macam @#%@!!, tapi Sahabat aku ni tiba tiba ‘stand up’, last last aku sedaq, memang champions lah Sahabat aku ni, bila dia kata ‘ni bab maruah Pat!!’ Aku tak suka orang layan kita macam pelaq! Kita baik dengan depa, depa tetap jugak dok ukoq kita kot luaq!!!” woOW!!,”tulis Lepat di Facebook miliknya.

Soalnya, adakah kerana mereka (Lepat dan rakannya) yang pada ketika itu tidak berpakaian ala-ala korporat atau berjenama  seolah-olah tidak dialu-alukan untuk memasuki premis yang menjual barangan mewah?

Jika benar polisi seumpama itu wujud maka, silahlah beringat sebelum kena atas batang hidung sendiri.

Akhirnya, mata anda terlopong sambil memerhatikan sebuah beg mungkin berharga ribuan ringgit digunting oleh pemiliknya sendiri.

Tahniah buat Lepat dan rakan kerana menyedarkan bahawa maruah lebih tinggi berbanding kekayaan atau kemewahan yang dimiliki.

Yang mana belum tonton video itu, sila skrol di bawah.- MHE TV

https://www.facebook.com/ismailarriffinlepat/videos/1735717156527744/

Iklan