Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), yang kudung sebelah kaki sejak lahir merayu sumbangan kewangan untuk membeli kaki palsu bagi memudahkannya mengurus diri serta melakukan kerja harian.

Arshad Mohd Noh, 55, dari Jerantut, Pahang berkata kaki palsu lamanya tidak sesuai lagi digunakan kerana sudah rosak selain semakin ketat.

Arshad berkata dia sudah memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan kaki palsu namun hingga kini masih menemui jalan buntu.

“Saya ni hidup sebatang kara. Tak pernah berkahwin.  Sekarang tinggal di rumah sewa yang kadar sewanya RM 350 sebulan. 

” Duit dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cukup untuk bayar sewa sahaja,” katanya.

Lantaran itu katanya dia tidak mampu membeli kaki palsu yang dianggarkan berharga RM 11,000.

Ujarnya lagi, selain bantuan JKM, dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan.

Namun, sejak akhir- akhir ini keadaan kesihatan semakin merosot menyebabkan dia tidak dapat bekerja lagi.

“Duit upah kerja basuh pinggan saya buat belanja harian. Tapi sejak akhir- akhir ini saya kerap sakit. Tak boleh kerja seperti dahulu lagi.

“Selain itu, kaki palsu pun dah tak elok. Susuh nak bergerak atau bekerja.

“Sekarang ni saya hanya harapkan ihsan jiran tetangga dan penduduk kampung membantu saya. 

“Saya berharap sangat ada pihak sudi bantu beli kaki palsu supaya memudahkan saya mencari rezeki. Saya juga harap pihak kerajaan boleh  bantu dapatkan rumah supaya tak perlu terus menyewa,” katanya kepada MHE TV.

Sekiranya ingin menghulur sumbangan boleh hubungi Arshad di talian 011- 3754 4107 atau menyalur sumbang ke Arshad Mohd Noh, akaun CIMB 7620120508 –  MHE TV

Iklan