Tular hari ini video dari laman Facebook Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaparkan diri beliau sedang mengoyakkan sehelai tisu.

Dalam video berdurasi 22 saat itu, TMJ kelihatan sedang membaca sebuah buku dan mengambil sehelai tisu lalu mengelap hidung sebelum mengoyakkan tisu tersebut dan membuangnya.

Walaupun tiada sepatah kata, posting itu mengundang perhatian rakyat jelata yang rata-rata membayangkan troll tersebut ditujukan kepada seorang menteri dari parti Bersatu yang juga ahli Parlimen dari negeri Johor.- MHE TV

Iklan