Kira-kira tengah hari tadi, berduyun-duyun difahamkan pesalah rasuah keluar dari dewan perbicaraan sambil diiringi para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.

Kesemua mereka terdiri daripada
30 individu direman SPRM bagi membantu siasatan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 April itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Nurfadrina Zulkhairi kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, lapor Utusan Online.

Sebuah bas milik SPRM digunakan untuk membawa kesemua mereka dari pusat tahanan berpusat di Bayan Baru di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Malangnya, pengangkutan tersebut difahamkan mengalami kerosakan di Lebuh Raya Dr. Lim Chong Eu di Jelutong sekitar pukul 9 pagi.

Sebagai alternatif, kesemua tahanan dipindahkan menggunakan 10 buah kereta untuk dibawa ke mahkamah.-MHE TV

Ruang komen
Iklan