Tular di media sosial sejak 17 Oktober lalu video berdurasi 37 saat, bertajuk ‘Offshore runtuh baru buat’ yang dikatakan berlaku di perairan Terengganu.

Video tersebut memaparkan saat cemas apabila pelantar minyak runtuh dengan pekerja masih berada di atasnya, dan ia menimbulkan tanda tanya sama ada kejadian ini benar berlaku atau sebaliknya.

Polis Kontinjen Terengganu telah membuat semakan dan mendapati  video yang sama pernah tular beberapa kali melalui aplikasi Youtube  sejak tiga tahun lalu.

Polis menerusi siaran medianya mengesahkan kejadian tersebut sebenarnya berlaku di Teluk Parsi pada awal tahun 2013, di mana sebuah Syarikat Minyak Iran telah dilaporkan runtuh dan mengalami kerugian berjumlah USD40 juta. – MHETV

Iklan