Kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku petang semalam di sekitar Ipoh turut membabitkan pejabat jualan jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida yang terletak di Jelapang 2.

Menerusi video yang dikongsikan Pengasas Vida Beauty di laman Instagram miliknya, Datuk Seri Vida menunjukkan keadaan khemah jualan produknya yang roboh sekaligus menghempap barang-barang jualan, cermin tingkap dan bumbung.

Dalam kejadian itu juga, produk-produk Pamoga dan Vida Beauty yang ditempatkan di dalam dan luar bangunan itu tunggang-langgang dipukul angin kencang.

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Vida dilihat reda dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ia salah satu ujian tanda Allah sayang.

“Ini satu ujian…tengok semua khemah jualan roboh. Tak apa ini semua cabaran dan menunjukkan banyak lagi rezeki nak masuk.

“Alhamdulillah, ujian diberikan dalam pelbagai bentuk. Tandanya rezeki nak datang banyak lagi, kita kena positif,” ujarnya tenang.

Tak apa lah Datuk, Insya Allah semoga ada rezeki lain untuk DSV selepas ini – MHETV

Iklan