Sambutan hari jadi pada tahun ini adalah yang paling bermakna dan berbeza sekali berbanding sebelumnya. Sudah pasti kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan detik 11 Januari hari ini sebagai seorang ibu. Satu gelaran yang telah ditunggu-tunggu selama lebih satu dekad.

Bergelar ibu kepada puteri comel, Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac tahun lalu, Siti Nurhaliza melangkah ke angka 40 dengan besar hati dan penuh syukur.

Sepanjang empat dekad meniti usia, Siti Nurhaliza kaya dengan sifat rendah diri. Dia kekal muda dan manis pada pandangan mata semua orang, zahir dan batin. Siti cantik luar dan dalam. Untung sungguh Datuk K.

Tanggal 11 Januari akan melekat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang perlu diraikan.

Selamat ulang tahun ke-40 Tok Ti. Semoga terus gemilang mewarnai dunia seni negara dan berjaya di dunia dan di akhirat. – MHETV

Sumber gambar: Koleksi Utusan dan Instagram Siti Nurhaliza

Iklan