Hiburan Trending Video

[VIDEO] Wajah bahagia Nadia Brian dan Muizz Nasruddin

Berkesempatan menemu bual pelakon Nadia Brian, jelas terpancar wajah bahagianya tatkala memperkenalkan insan istimewa dalam hidupnya. Nadia sebelum ini menerusi laman Instagram miliknya berkongsi gambar dia dilamar oleh kekasih, Muizz Nasruddin ketika bercuti di kota Paris awal bulan lalu.

Bercakap kepada MHE TV, pasangan ini turut menjawab kritikan sesetengah pihak apabila sesi lamaran itu dianggap mengetepikan adat dan budaya Melayu. Pasangan ini turut berkongsi perancangan menjelang hari pernikahan mereka.

Selepas bergelar isteri nanti, adakah Nadia akan memperlahankan kerjaya seni? Apakah pula syarat yang ditetapkan oleh Muizz kepada Nadia jika mahu terus berlakon? Dengarkan penjelasan lanjut daripada tuan punya badan. – MHE TV

Ruang komen