Kehadiran pengacara popular Nabil Ahmad dalam bidang nyanyian mendapat reaksi pelbagai bukan sahaja daripada netizen malah rakan-rakan artis yang turut memberikan komen secara peribadi.

Antara yang berbuat demikian ialah pengarah terkenal Michael Ang yang memuat naik video dalam laman Instagram miliknya mengulas secara jujur nyanyian Nabil yang disifatkan ‘hancur’ namun cukup menghiburkan.

“Aku salute la kau Nabil. Kau la satu-satunya artis Malaysia yang tak reti nyanyi tapi ada lagu. Tapi kau tak gunakan auto tune sebab tu memang suara kau.

“Memang tak boleh dinafikan, itu memang kau yang nyanyi bukan auto tune pun sebab ‘hancur’…tapi best jugak lagu tu sebab dia catchy kan.

“Apa-apa pun all the best pada kau Nabil..tapi aku salute la sebab kau tak pakai auto tune macam artis-artis lain,” ujarnya ikhlas.

Pening adalah tajuk single Nabil yang dilancarkan baru-baru ini di saluran YouTube Mixology Music. Lagu tersebut adalah ciptaan DJ Fuzz manakal lirik oleh Nabil dan Waris.

Hahaa..nampaknya tindakan Nabil, 36, merakamkan lagu Pening tanpa suntingan suara atau auto tune mendapat pujian ramai. Bila MHE TV dengar sendiri lagu tersebut, sah itu memang suara original pengacara tersebut. Apa-apa pun selamat maju jaya untuk Nabil! – MHE TV

Iklan