Sukan Trending Tular Video

[VIDEO] Wanita bertudung itu rupanya rakyat Malaysia

Identiti wanita berpakaian t-shirt berwarna putih dan bertudung bawal berwarna merah jambu sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pertahanan Liverpool, Joe Gomez, rupanya seorang rakyat Malaysia.

Wanita tersebut bernama, Aleah Mohammad, 37, kini sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Beberapa hari lepas, kisahnya tular dalam media sosial apabila kelibatnya muncul dalam video rasmi kelab Liverpool.

Rakaman berdurasi 10 minit 26 saat telah dimuat naik dalam laman sosial YouTube. Difahamkan, Aleah muncul dalam video terbabit pada minit ke 5.10 saat ketika melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Gomez.

Khabarnya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya, Aleah telah melanjutkan pengajiannya sejak tahun 2015 dan turut terlibat dalam ujian saringan kelab terkemuka itu.

Apa yang pasti, kelibatnya yang muncul dalam video bertajuk Inside Training: Energy-sapping bleep tests| Keita, Fabinho & Milner mendapat reaksi positif daripada pengunjung media sosial di Malaysia.-MHE TV

Iklan
Ruang komen