Trending Video

[VIDEO] Wanita maut terjun dari tingkat satu pusat beli-belah

Seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat satu di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pusat beli-belah tersebut, semasa kejadian pada jam 11.20 pagi, mangsa berusia 30-an dikatakan terjun dari tingkat satu dan terjatuh berhampiran eskalator di tingkat 2 bawah tanah (LG2) bangunan berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah akibat impak daripada terjatuh dan telah dibawa ke pusat perubatan berhampiran untuk rawatan selanjutnya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama selepas tiba di pusat perubatan berkenaan,” katanya.

Menerusi satu video berdurasi 15 saat yang tular di laman Facebook hari ini menunjukkan tubuh mangsa yang terbaring berdekatan sebuah eskalator di pusat beli-belah tersebut.

Kelihatan pihak berkuasa memindahkan tubuhnya dengan menggunakan pengusung untuk dibawa ke pusat perubatan berhampiran. – MHE TV

Iklan
Ruang komen