Seorang wanita nekad menanggalkan skirt dan seluar dalamnya semata-mata mahu mendapatkan tempat duduk ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, baru-baru ini.

Difahamkan kejadian memalukan diri sendiri itu berlaku ketika wanita terbabit menaiki tren Metro di Moscow, Rusia.

Memetik laporan Sputnik News, wanita berkenaan berang selepas seorang lelaki tidak melayani permintaannya untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren tersebut.

Keadaan bertambah rumit apabila lelaki terbabit mempersoalkan mengapa dia perlu memberikan tempat duduk kepada wanita berkenaan.

Bagi menjawab persoalan itu, wanita tersebut secara tiba-tiba bertindak menanggalkan skirt bercorak kotak dan seluar dalamnya di hadapan lelaki berkenaan dan penumpang yang lain.

Tanpa rasa malu, wanita tersebut menunjukkan kemaluannya kepada lelaki dengan alasan dia adalah seorang perempuan dan berhak mendapatkan tempat duduk di dalam tren.

Malangnya, tindakan wanita itu tidak dilayani lelaki terbabit sehingga dia memakai semula skirt dan seluar dalam tidak lama selepas itu.- MHE TV

Sumber gambar: Oriental Daily

https://www.youtube.com/watch?v=VHA57u4ua3U&oref=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DVHA57u4ua3U&has_verified=1
Iklan