Baru-baru ini, tular sebuah video sepasang kekasih sedang memadu asmara di belakang sebuah tiang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, pasangan itu merupakan kakitangan sebuah syarikat di lapangan terbang tersebut berdasarkan uniform yang dipakai.

Menerusi video itu, terpapar gelagat pasangan terbabit melakukan perbuatan tidak senonoh. Selain berpelukan tanpa menghiraukan kenderaan lalu lalang, si wanita dilihat tanpa rasa bersalah meraba bahagian ‘ehem ehem’ pasangan lelaki.

Si perakam pula kedengaran beristighfar beberapa kali kerana terlalu marah dengan sikap pasangan terbabit.

Bagaimanapun, selepas video berkenaan tersebar, majikan pasangan tersebut dikatakan telah mengambil tindakan serta-merta. Pasangan tersebut telah dibuang kerja dalam tempoh 24 jam.

Namun lebih mengejutkan, pendedahan yang dibuat netizen mengatakan si lelaki rupanya telah berkahwin dan isterinya baru melahirkan anak pertama mereka.

“Both of them dan kena buang 24hrs, and yang paling fuc*### nya is yang laki tu wife baru je lepas bersalinkan anak dia yang pertama, dehel do? Men are trash? Some of them,” tulis seorang netizen.

Apa pun, harap kes sebegini dijadikan pengajaran kepada orang lain. Jangan buat perkara tak senonoh di tempat awam. Ingat, sekarang zaman teknologi. Banyak mata memerhati dan kelakuan anda boleh tular dalam beberapa saat sahaja. – MHE TV

Sumber video: Media Sosial

Iklan